0

13 perkara berhubung isu pembubaran rumah tangganya,Hafiz Hamidun menyatakan Joy Revfa tidak pernah menjadi isterinya

Viral is caring!

Penyanyi Hafiz Hamidun secara spontan menyatakan Joy Revfa tidak pernah menjadi isterinya.

Selesai sesi membaca 13 perkara di dalam kenyataan rasminya itu, Hafiz telah membuka ruang untuk sesi soal jawab bersama pihak media yang hadir.

Menerusi ‘Live’ di Facebook milik sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air, sesi soal jawab tersebut dimulakan oleh seorang wartawan yang tidak diketahui identitinya, yang menanyakan adakah penyanyi Zikir Terapi itu akan tetap ‘menyimpan’ Joy Revfa sebagai isterinya.

Dengan senyuman, Hafiz membalas: “Dia bukan isteri saya. Sekarang pun.

“Maksudnya, akan datang? Selepas (isu ini) selesai?” tanya Hafiz kepada wartawan itu kembali.

“Sebenarnya, dia (Joy) sebelum ini berkata saya tidak berusaha menyelamatkan perkahwinan ini dan hanya dia yang berusaha seorang diri. Jika benar apa yang dikatakan itu, jadi kenapa dia mengambil keputusan terburu-buru?”

Hafiz turut menerangkan dia turut membantu Joy menyelesaikan prosedur perceraian perkahwinan pertamanya dahulu dan dalam masa yang sama menyelamatkan perkahwinannya sendiri yang baru berusia dua bulan ketika itu.

“Takkan saya nak saya tidak mahu sia-siakan usaha saya selama ini jika saya tidak mahu menyelamatkan perkahwinan kami?” terangnya lagi.

Walaupun tidak memberikan jawapan definitif,namun kami dapat ‘membaca’ Hafiz sebenarnya masih menyayangi Joy Revfa dan mahu menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Siapa tahu, mungkin sebenarnya mereka akan melangsungkan pernikahan sekali lagi dan teruskan kehidupan sebagai suami isteri selepas segalanya menemui noktah?

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat pasangan ini dan mendoakan semoga mereka kembali bahagia seperti di awal perkahwinan dahulu.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *