5 Filem Komedi Lakonan Stephen Chow, Semua Legend

Posted on

Siapa yang tidak kenal dengan Stephen Chow, pelakon legend Hong Kong yang menjadi kegilaan peminat filem satu ketika dahulu.

Kebanyakkan filem lakonannya adalah yang bergenre komedi, malah Stephen Chow juga pernah digelar sebagai ‘Raja Komedi’ oleh masyarakat di Hong Kong.

Nak tahu apa antara filem komedi lakonan pelakon ini yang confirm boleh buat korang ketawa? Berikut merupakan 5 buah filem Stephen Chow antara yang paling legend boleh korang tonton!

1. All for The Winner

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kampung, Stephen yang memegang watak Chow Sing Cho yang datang ke bandar untuk berjumpa dengan pakciknya Blackie Tat (Ng Man-Tat) bagi mencari pekerjaan.

Rupa-rupanya, Sing Cho boleh melihat dan mengatur nombor kad lawan mengikut daya fikirannya. Menyedari bakat tersebut, pakciknya yang merupakan seorang pnjdi mengheret Sing Cho terlibat dalam jdi yang penuh dengan penpuan.

Banyak kejadian lucu berlaku sepanjang perjalanannya mengikuti tournament judi terbesar di Hong Kong.

2. The God of Cookery

Dalam filem ini, Stephen memegang watak sebagai seorang chef yang terkenal tetapi mempunyai sikap sombong dan sehinggakan pada satu hari, dia dikalahkan oleh bekas pelatihnya sendiri.

Dipaksa meninggalkan pulau tersebut dan bersembunyi di kuil Shaolin untuk mempertingkatkan kemahiran memasak bagi melawan semula pihak yang telah menjatuhkannya.

3. God of Gmblers II

Merupakan sekuel daripada filem God of Gmblers dan Stephen masih memegang watak sebagai Chow Sing Cho yang ingin belajar bermain judi daripada Michael Chan (Andy Lau).

Walaupun pada mulanya mereka berdua tidak bersefahaman, Michael dan Sing Cho akhirnya perlu menggabungkan kekuatan untuk menghentikan helah Husein (Pal Sinn) yang mengelarkan dirinya sebagai raja judi. Bukan hanya mengandungi unsur filem aksi tetapi juga diselitkan elemen kelakar yang boleh buatkan korang tak berhenti tergelak.

4. Shaolin Soccer

Filem ini menceritakan tentang seorang lelaki daripada perguruan Shaolin yang bernama Sing (Stephen Chow), memiliki idea untuk menggabungkan ilmu shaolin yang dipelajarinya dalam sukan bola sepak.

Pelbagai aksi lucu dipaparkan dalam babak filem ini untuk membentuk satu pasukan bola yang hebat dan secara tidak langsung ingin menjadikan ilmu shaolin dikenali oleh masyarakat.

5. Kung Fu Hustle

Menceritakan tentang sebuah kampung di Shanghai yang hidup penuh kekacauan. Banyak geng yang berkuasa dan bertindak sewenang-wenangnya. Geng-geng tersebut melakukan pelbagai jenis jenayah dan menindas orang yang lemah. Filem aksi komedi ini bukan saja dilakonkan oleh Stephen Chow, malah dia juga menjadi pengarah dalam naskhah ini.

Sumber: Remaja

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber : limaumadu.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.