0

5 Kisah Pendek Tapi Seram

Viral is caring!


Gambar hiasan.

 

TUMPANG

“Abah, kawan adik nak tumpang tidur dekat bilik adik boleh tak?” soal anakku. “Kawan adik? Rumah dia mana?” aku membalas hanya untuk melayan kerenah anak kecilku itu. “Dia mana ada rumah. Dia cakap dia penat asyik bersangkut dekat bahu abah tuu.” Aku terdiam.

IBU NAK PERGI MANA?

Sampai sahaja di rumah, aku terlihat ibu sedang berkemas-kemas. Kelam kabut dibuatnya.

Aku bertanya “Kenapa ibu kemas kemas barang ni?” Ibu aku hanya diam membisu. “Ibu nak pergi mana? Along nak ikut ibu..” Ibu aku menoleh. Wajahnya pucat lesu. “Along.. Jangan kacau ibu lagi. Ibu hari-hari doa semoga roh along tenang. Jangan ganggu ibu lagi ye nak..”

__

ISTERI

“Abang.. Bangunlah. Abang.. Makanan dah sejuk ni..” Terkejut dengan suara itu. Aku terus bangun sambil memegang bahu suamiku. “Siapa yang panggil awak tu sayang?” Suami aku hanya terdiam. “Dah pukul 3 pagi ni.” sambung aku lagi. Suami aku terus menyuruh aku sambung tidur. “Tidur tidur, kalau dia tahu kita berjaga. Nanti dia datang bilik.” sambung suamiku lagi dengan nada perlahan. “Siapa?” soal aku lagi. “Arwah isteri abang yang dulu..”

TINGKAP

“Eleh, cuba kau telefon sikit. Entah entah nombor phone tipu?” sindir Reza. Aku terus mendail nombor awek comel di stesen bas tadi. Selang beberapa saat. Bunyi telefon berdering. Kuat. “Kenapa macam dengar dari luar tingkap?” Soal aku pelik. “Abang bukalah tingkap. Saya nak masuk.. Sejuk luar ni.” Suaranya lembut sahaja menyapa dicorong telefon. Reza terus menarik tangan aku. Kepalanya menggeleng-geleng. “Bro, kita ni kat tingkat 14 tau..”

CEMBURU BUTA

“Saya tak sukalah dengan sikap cemburu awak ni. Akak tu tegur sahaja. Bukan nak buat apa pun.” aku berang apabila Nina tiba-tiba bersikap cemburu tak bertempat. “Akak?! Awak tak nampak ke batu nisan kat tangan dia tadi! Malam-malam buta bawak batu nisan macam tu. Awak rasa apa?” Aku terdiam. Kelibat senyuman manis wanita berkebaya merah itu terus merasuk mindaku.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *