7 Tanda Anda Dan Pasangan Punyai Hubungan Yang Matang. Hubungan Anda Bagaimana?

Viral is caring!

Hidup berpasangan bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya diantara dua sudut hati yang berlainan kemudian bakal menjadi satu. Rahsia hubungan cinta yang berjaya dan kuat datangnya dari kepercayaan, komitmen diantara pasangan dan persefahaman. Hubungan cinta yang sihat amat penting kerana ia memberi efek psikologi yang juga sihat namun ia memerlukan kesabaran, kerjasama untuk membentuk hubungan yang baik. Pada anda yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik hubungan matang jauh dari segala drama dan adakah hubungan anda dan pasangan sekarang utuh dan mempunyai persefahaman?

 

1. Selisih faham yang tidak berpanjangan.

Ada perkara yang anda tidak bersetuju dengan pasangan tapi ianya tidaklah berakhir dengan pergaduhan. Cuba anda belajar cara pasangan anda apabila dia mula menunjukkan tanda marah atau tidak bersetuju dengan anda. Contoh, jika dia seseorang yang lebih berterus-terang cuba anda belajar menerima apa yang dia katakan. Memang sukar pada mulanya tapi lama-kelamaan anda dan pasangan akan lebih memahami dan senang untuk berkomunikasi.

2. Bila anda lebih banyak guna ‘Kita’ berbanding ‘Saya’.

Jika sebelum ini semuanya tentang anda tapi kini setelah berpasangan anda dan pasangan mula lakukan banyak perkara bersama-sama. Walaupun anda sedar anda dan pasangan merupakan orang yang berbeza namun anda sentiasa mahu pasangan anda juga terlibat dalam membuat keputusan penting.

3. Boleh berbual apa sahaja.

Politik, sukan, fesyen atau apa sahaja yang berlaku didunia ini anda dan pasangan tidak lokek berkongsi cerita. Anda tidak pernah merasa apa yang diutarakan oleh pasangan adalah ‘salah’. Tiada sempadan untuk membicarakan idea, kerisauan, cadangan bersama si dia. Anda dan pasangan juga masing-masing sedia memperbetulkan kesalahan jika ada dan sama-sama memajukan diri.

4. Sedar masing-masing perlu waktu sendiri.

Di alam dewasa kini anda sedar setiap orang memperuntukkan waktu peribadi sendiri begitu juga dengan pasangan anda. Jadi anda faham bila waktu untuk tidak berhubung dengan pasangan, tidak perlu sampai bergayut di telefon atau teks sampai 24 jam sehari. Ianya normal untuk tidak selalu berhubung walaupun anda sedang bercinta cukup sekadar tahu rutin sehariannya dan pasangan dalam keadaan baik.

5. Anda tahu hubungan ini ada masa depan yang baik.

Bila anda didalam hubungan yang matang anda dapat bayangan dimana anda tahu hubungan ini mempunyai satu jalan yang baik untuk masa depan. Jauh didalam hati anda, anda pasti dengan apa yang lakukan ini betul dan anda juga bersama dengan orang yang tepat.

6. Terima kekurangan dan kesilapan yang lalu.

Menguatkan hubungan cinta ini memerlukan kepercayaan dan kesanggupan untuk menerima kekurangan dan kesilapan pasangan. Paling penting ialah untuk tidak mengulangi lagi perbuatan yang pernah dilakukan.

Anda tidak pernah memikir untuk menggantikan si dia.

Langsung tidak pernah terlintas untuk anda bersama dengan orang lain selain di dia. Hanya dia sahaja yang bermain difikiran anda. Anda juga langsung tidak pernah menyesal untuk mengambil jalan akhir untuk bersama dia. Bagi anda, orang hadir sebelum si dia tidak lagi penting.

Cinta Matang vs Cinta Monyet

Penulis simpulkan perbezaan antara hubungan pasangan yang matang dengan hubungan yang penuh dengan drama ‘keanak-anakan’. Hubungan cinta yang matang/sihat: Sabar, menghormati, memahami, tiada keraguan, mendengar, percaya, gembira diatas kejayaan pasangan, terima cinta mereka tanpa syarat atau motif, memaafkan, melepaskan jika perlu, ucap selamat tinggal tapi tidak sempurna dan bukan untuk selamanya..  Hubungan cinta yang TIDAK matang: Mendesak pasangan, ada agenda, menolak keikhlasan pasangan, tidak sabar dan tidak toleransi, tidak mahu mendengar, cemburu dan takut, sakit..tapi bukan selalu dan bukan dengan sengaja. Jadi apakah hubungan anda dengan pasangan? Perbaikinya ketika masih punyai masa.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff