0

Ada Masa Hidup Selama Setahun ? Elyana Derita Kanser Selama 7 Tahun

Viral is caring!

Dulu Elyana pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai masa setahun untuk hidup kerana menghidap kanser, perkara itu bagaimanapun tidak membuatkan Elyana terus murung sebaliknya menjadikan penyanyi ini lebih kuat dan kental.

“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar”

“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” jelasnya kepada BH Online.

Selain mengakui fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi, Elyana dalam masa yang sama turut mengingatkan perkara tersebut kepada anak perempuannya.

Selain itu, Elyana turut menjelaskan bahawa dia mengetahui ada pihak yang menyatakan bahawa dia sombong kerana menolak untuk melakukan persembahan.

“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup”

“Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” kongsinya lagi. Sama-sama doakan yang terbaik buat Elyana.

sumber : Bhonline

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *