0

“Ada Orang Dengki Dengan Kejayaan Boy Iman” – Nassier Wahab

Viral is caring!

Penahanan reman Datuk Noruliman Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman selama dua hari berkaitan penipuan rumah banglo yang melibatkan ratusan mangsa telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut perkembangan industri tanah air dan juga rakan terdekat terutamanya Nassier Wahab.

Melalui sebuah akhbar, Nassier yang telah ditemuramah memberitahu sangat terkejut apabila mengetahui cerita ini ketika di Madinah.

Menurutnya lagi, selaku duta reda dan tawakal dengan apa yang terjadi walaupun terkena tempiasnya.

Malah, Nassier turut menambah dia yakin Boy Iman tidak mempunyai niat untuk menindas sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu.

“Barangkali ada pihak atau individu yang iri hati dengan usaha murni Boy sehingga sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasinya”

“Apapun, biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka melakukan siasatan terperinci dengan harapan semoga perjuangan Boy dan DBI Properties berada di pihak yang benar.” Jelasnya kepada wartawan Utusan Online.

Kalau benar apa yang dikatakan oleh Nassier kami harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan kadar segera.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *