0

Ada Rumah, Kafe Di Sabah, Alif Rancang Pindah Sana

Viral is caring!

Sudah membeli rumah dan mempunyai perniagaan restoran di Sabah, penyanyi dan hos terkenal Alif Satar merancang untuk membawa keluarganya berpindah ke sanan kelak.

Memetik Astro Gempak, Alif berkata dia amat menyenangi negeri di bawah bayu itu dan sudah jatuh cinta dengan Sabah.

“Sebelum ini saya selalu mengunjungi Sabah kerana atas tuntutan kerja dan sebagainya.

“Setelah sering kali ke sana, bagi saya Sabah adalah negeri yang menyenangkan untuk saya tinggal dan bawa keluarga saya.

“Tak tahu nak cakap macam mana tapi apa yang boleh saya katakan saya sudah jatuh cinta dengan Sabah.

“Sekarang saya sudah mempunyai sebuah restoran di sana dan sebab itu juga membuatkan saya mahu menetap di sana.

“Saya amat teruja untuk membawa anak dan isteri berpindah ke sana dan saya sudah membeli rumah serta kereta di Kota Kinabalu, Sabah untuk kemudahan saya dan keluarga nanti,” kata figura berusia 27 tahun ini.

Restoran yang diberi nama A’s Cafe bertempat di Padang Kontena Yayasan Sabah itu diusahakan Alif bersama seorang rakan kongsinya.

Pada sambutan Aidilfitri kali ini, Alif sekeluarga memilih tema warna maroon sebagai busana mereka.

Alif meraikan lebaran bersama isteri Sha Dila Halid dan dua cahaya matanya, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *