“Ada suara bisikan minta saya cabut nyawa sendiri” – Tasha Shila

Posted on

Tasha Shilla, satu nama yang cukup popular beebrapa tahun yang lalu. Malah Tasha Shila pernah memenangi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011.

Namun kini, nama pelakon berumur 32 tahun ini agak sepi tak seperti dulu.

Malah pelakon ini mendedahkan dia sebenarnya ada masalah kemurungan yang dihadapinya. Malah masalah ini telah membahayakan diri sekaligus mengundang perspektif negatif orang ramai terhadap dirinya.

Selain dituduh sebagai seorang yang gila, Tasha Shila juga berdepan dengan gangguan seperti bisikan suara yang mendesaknya menamatkan riwayat diri.

Ini komen Tasha Shila

“Saya mengalami masalah kemurungan tahap ringan selepas kejadian putus cinta. Perkara itu turut menjejaskan emosi. Jika pada pandangan mata kasar, memang saya kelihatan normal, tetapi perasaan saya sangat berkecamuk. Bibir mungkin mengukir senyuman, tetapi hati menangis di dalam tiada siapa yang tahu.

“Saya masih boleh ke tempat kerja seperti biasa, namun apabila pulang ke rumah, saya banyak termenung dan bersedih. Hinggakan sampai satu tahap, orang ingat saya ada masalah jiwa.

“Ada juga suara bisikan yang meminta saya mencabut nyawa sendiri. Mujurlah sebagai orang Islam kita masih ada iman yang dapat menghalang daripada melakukan perkara terkutuk sebegitu,”

Dua tahun melalui penderitaan itu, Tasha Shila kini semakin pulih selepas mengikuti sesi kaunseling.

“Sekali sekala, saya masih mengikuti sesi berkenaan. Saya turut berusaha menjalani kehidupan dengan lebih positif dan berfikir secara waras sebelum membuat sebarang keputusan.

“Dahulu, apabila ada sahaja masalah, saya akan keluar berhibur. Biasalah, waktu itu usia masih muda dan semua benda nak dicuba. Alhamdulillah, sekarang kehidupan saya lebih tenang dan bahagia,”

Semoga Tasha Shila sihat selalu.

Sumber: BH

Carian Ke Post Ini:

  • tasha shilla bogel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.