“Adakah Yang Bertudung Saja Layak Dekat Pada Allah?” – Jasmin Hamid

Posted on

Sejak memasuki bulan Ramadan, semakin ramai yang menjadi ‘polis aurat’. Sebenarnya, banyak lagi cara untuk menegur orang lain dengan elok.

Biarpun secara sembunyi, perlulah menggunakan bahasa yang tidak kasar dan berhemah. Sedangkan Islam juga menuntut supaya kita tidak menyakiti hati orang lain kerana ianya mengundang dosa.

Semalam, pelakon versatil Jasmin Hamid meluahkan tentang hatinya yang terguris setelah ditegur netizen kerana tidak memakai tudung. Individu tersebut menggunakan ruangan mesej persendirian untuk menegur sikap Jasmin yang dikatakan tidak sedar diri sudah semakin berusia, tetapi masih tidak pandai memakai tudung.

Antara mesej yang dihantar netizen di IG Jasmin.

“Adakah orang yang bertudung saja layak dekat pada Allah? Orang yang tak bertudung dan dianggap jahil macam saya tak layak belajar mendekatkan diri pada Allah sampai bila-bila?” katanya.

Jasmin memuat naik paparan skrin mesej netizen yang mempersoalkan dia masih tidak memakai tudung biarpun umur semakin meningkat di laman Instagramnya.

Menurut Jasmin, dia tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana individu namun hatinya terguris disebabkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

“Selama ni saya hanya diam dan sekat netizen yang negatif tapi makin menjadi-jadi pula netizen sekarang. Sampai sanggup mengguris perasaan saya!

Kecewa dengan teguran pedas itu, jasmin memuat naik mesej tersebut di Instagram miliknya. Menurut Jasmin, dia boleh menerima teguran seseorang sekiranya ia menggunakan bahasa yang lembut serta beradab. Tetapi, individu yang dipercayai lelaki itu menggunakan bahasa kasar menyelar Jasmin kerana hanya pandai memberi nasihat mengenai Lailatul Qadar tetapi tidak mengamalkan ajaran Tuhan iaitu menutup aurat.

Dalam kapsyen panjang lebar Jasmin, dia turut membandingkan mengenai sikap sesetengah wanita yang memakai tudung, tetapi culas dalam menunaikan solat lima waktu.

Perkara tersebut perlu lebih diberi perhatian menurutnya. Biarpun dalam nada agak marah, namun Jasmin masih memuji setengah golongan yang tahu adab menegur dengan sopan dan menunjukkan akhlak mulia menyebabkan dirinya tertarik ingin berubah menjadi lebih baik. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.