Adik Elfira Loy Komen Pedass Tentang Persembahan Sufian Suhaimi

Posted on

Adik Elfira Loy Komen Pedass Tentang Persembahan Sufian Suhaimi

Disebalik kekecohan persembahan ‘mendalam’ Sufian Suhaimi di pentas AJL33 malam ini, adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy berpendapat penyanyi itu tidak habis mempergunakan kakaknya untuk meraih populariti.

Kenyataan tersebut dimuat naik di laman Twitter selepas tular persembahan Sufian yang mempamerkan prop pelamin pernikahan bekas tunangnya itu dibelakang pentas ketika mempersembahkan lagu Di Matamu.

Menurut Ezlisa, Sufian merupakan seorang penyanyi yang baik tetapi masih mempergunakan nama kakaknya untuk meraih populariti dirinya sendiri. Dengan sinis, Ezlisa turut mendakwa sikap Sufian itu masih tak berubah hingga kini.

Selain itu, Elfira menerusi Twitter turut meninggalkan pesanan ‘maju jaya’ buat bekas tunangnya itu di pentas AJL33. Elfira juga dilihat sinis berpesan kepada Sufian agar deritanya habis dengan kemenangan yang dikecapi.

Mungkinkah adik beradik Loy ini menganggap Sufian menggunakan prop pernikahan yang berlangsung baru-baru ini sebagai sindiran buat mereka? Apapun tahniah diucapkan kepada Sufian yang menang dalam kategori Persembahan Terbaik

Sumber:rtky/w

Carian Ke Post Ini:

  • ADIK ELFIRA TWEET
  • tweet adik elfira

One thought on “Adik Elfira Loy Komen Pedass Tentang Persembahan Sufian Suhaimi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.