Anzalna Nasir Mohon Maaf Jika Terlanjur Kata Sebelum Ini…

Viral is caring!

“Dengan Rendah Diri, Saya Minta Maaf Kepada Semua & Pihak Sana” – Anzalna Nasir..Terus dihimpit dengan cacian dan makian setiap hari akibat kenyataan ‘meroyan’ tempoh hari, akhirnya Anzalna Nasir memohon maaf atas tindakannya tidak berfikir panjang ketika bercakap. Jelasnya, beliau tidak tahan lagi melihat kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

“Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi. Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan”

“Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai sikapnya yang tidak matang.

Susulan campur tangan Anzalna didalam penglibatan adiknya, Afifah Nasir didalam rumah tangga orang, Anzalna nampaknya telah menukar akaun Instagramnya kepada ‘private’. Malah setelah pelbagai pendedahan oleh Aliff Aziz semalam, ramai mendesak Afifah tampil memohon maaf.

“Saya tak takut, tetapi enggan mengeruhkan lagi keadaan dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini. Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff dan Bella Astillah masih bersama,” tambahnya lagi.

Mungkin Anzalna terlalu cepat mempertahankan adik sendiri walaupun ketika itu masih tiada kesahihan mengenai kejadian sebenar yang berlaku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memang padah akibatnya.

sumber : AstroGempak

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff