Ayat Manis Coach Yin Pada Sajat, Peminat Tanya Bila Kahwin

Posted on

Lama sebenarnya kita tidak dengar perkembangan terbaru tentang hubungan antara Nur Sajat dan kekasihnya, Coach Yin yang menjadi perbualan ramai beberapa bulan lalu. Jika anda tertanya, ya mereka masih bergelar kekasih.

Dalam kemaskini terbaru Coach Yin di akaun Instagram, beliau telah mengirimkan sekeping gambar Nur Sajat beserta ayat manis yang bisa membuat hati mana mana pasangan cair.

BACA : Nur Sajat Buka ‘Aurat’ Pula – Pakai Bikini Tunjuk Peha Putih Gebu

“Semanis manis kueh di tangan awak, manis lagi senyuman awak di mata saya,” tulis Coach Yin yang pastinya dituju buat kekasihnya, Nur Sajat.

Ayat Coach Yin itu mengundang komen dari para peminat yang mula bertanyakan bila pasangan ini mahu berkahwin kerana mereka nampak serasi bersama dan khabarnya dulu Nur Sajat sudah bawa kekasih jumpa ibu bapa.

Kami pun berharap hubungan pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin, tidak sabar rasanya mahu melihat Coach Yin & Nur Sajat bersanding. Wedding Of The Year gittuuwww.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.