Babak Dalam Drama Nur Cuit Hati Penonton, Sihir Sup Bunjut ?

Posted on

Drama Nur yang sedang ditayangkan di TV3 cukup mantap baik daripada segi jalan cerita, pengarahan, skrip sehinggalah barisan pelakon yang hebat. Tidak hairanlah jika drama tersebut mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton. Sehinggakan viralnya kisah sihir sup bunjut !

Kebanyakkan babak dalam Nur mampu membuatkan ramai yang mengalirkan air mata dan tersentuh dengan setiap mesej yang cuba disampaikan apatah lagi diselit juga dengan beberapa hadis serta kata-kata yang menusuk tepat ke dalam jiwa. Namun, siapa sangka ramai yang akan ketawa terbahak-bahak saat menonton babak “sihir” sup bunjut  semalam.

Penonton masih belum dapat “move on”  bila teringatkan betapa yakinnya kakak kepada Adam iaitu Aisyah (lakonan Noorkhiriah) sanggup memasukkan tangannya dalam sup panas untuk keluarkan bunjut dan ingin membuktikan Nur sudah menyihir keluarga mereka.

Memang kelakar habis kan babak sup bunjut semalam? Memang mencuit hati betul, sudah lama rasanya kami tidak menonton drama yang betul-betul berkualiti.  Tinggal tiga episod sahaja lagi sebelum drama Nur berakhir, macam tak sabar pula ingin lihat penamat drama yang paling epik dan sangat berkualiti karyanya.

Korang terlepas dengan babak sihir sup bunjut ? ok boleh tonton sedutan video sup bunjut dari drama nur kat bawah ni.

Carian Ke Post Ini:

  • meraikan aidilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.