0

Baju Neelofa Inspirasi Dari Big Bird Ke Tu?

Viral is caring!

Memang tidak dinafikan selebriti bernama Noor Neelofa ini seorang yang cukup bijak berfesyen, malah kadang-kala gaya yang sering dikenakannya itu kelihatan cukup fashion forward, sesuatu yang fresh dan lain daripada yang lain.

Terbaharu nama Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia tampil dengan jaket bulu besar berona putih yang dipadankan dengan seluar hitam berjalur putih di tepi.

Sekali tengok penampilan Neelofa dah macam Big Bird, karakter popular Sesame Street.

Busana yang unik dan cantik ini direka oleh pereka fesyen terkenal Khoon Hooi.

Neelofa menggayakan busana tersebut ketika menghadiri sebuah majlis keraian di Bangkok, Thailand, semalam.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram memuji penampilan berani Lofa.

Antaranya, @erniefunshine, “MasyaAllah sedangkan manusia ciptaan Allah dah seindah dan secantik ini apatah lagi bidadari syurga. Kak Lofa ini bidadari syurga bertopengkan manusia ke hehehehe love you so much.”

“Kaklove punya ootd tak pernah mengecewakan nauuu,” tulis @ayntasneem.

Matahari_suria pula berkata, “Sassyyyy classyyyy… slayyyyy woman! Roar lofa roar.”

Agak-agaknya baju yang digayakan Lofa ni akan jadi trend tak lepas ni?

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *