0

Baju Raya Nora Danish Disamakan Macam Alas Meja!

Viral is caring!

Jika dahulu busana nikah Nora Danish dikecam, kali ini episoda sama berulang kembali buat pelakon kecil molek ini.

Nora Danish sekali lagi dikritik netizen apabila baju rayanya pada tahun ini dikecam tidak sopan apabila ‘membelanjakan’ sebahagian kakinya kepada umum.

Seperti semua sedia maklum, kebiasaan pakaian raya untuk wanita Melayu adalah seperti baju kurung, kebarung dan kebaya.

Apabila Nora cuba mengaplikasikan ciri-ciri moden dalam busana putihnya itu, ia ternyata tidak menepati citarasa sebahagian besar pengikut laman Instagram (IG).

Namun seperti biasa Nora tetap kool dan langsung tidak mudah melatah dengan kritikan itu apabila dilihat tidak langsung membalas sebarang komentar sinis yang dilayangkan di ruangan komen IG-nya.

Viral di media sosial gambar pakaian Nora diparodikan apabila ia disamakan dengan baju tidur dan alas meja.

raya 2017

Bagi kami, asalkan Nora selesa dengan pakaiannya, rasanya tak salah jika dia cuba bereksperimen dengan bajunya itu.

Sementelah dia pun artis, mestilah pakaian nak kena glamor dan lain daripada yang lain. Baru nampak menyerlah dan wow gitu!

Tahun ini merupakan tahun pertama Nora meraikan Aidilfitri dengan memegang status isteri kembali apabila aktres itu selama dinikahkan dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *