0

Bakal Jadi Atlet, KJ Menteri Pertama Sertai Sukan SEA

Viral is caring!

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bakal mencatat sejarah sekiranya beliau bertanding dalam Sukan SEA, bulan depan.

Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan gelaran KJ ini akan menjadi menteri kerajaan pertama di Malaysia menyertai temasya sukan yang dianjurkan setiap dua tahun.

KJ juga bakal menjadi menteri belia dan sukan pertama di Malaysia berbuat demikian.

Pada Jumaat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Khairy merupakan salah seorang daripada 871 atlet yang mewakili Malaysia pada temasya sukan yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

MOM mengesahkan pemilihan Khairy sebagai salah seorang daripada tujuh anggota bagi acara polo berpasukan.

 

 

Sumber: mStar Online

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *