Banyak ‘g4nggu4n’, Misha Omar dedah hampir g4g4l bawa Sampai Bila dengan baik

Posted on

Biasa kita dengar penyanyi yang berkongsi cerita pelik saban tahun sebelum menyertai pertandingan nyanyian umpamanya seperti Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza. Suatu masa dahulu kontroversi hebat pernah tercetus antara dua orang penyanyi wanita terkenal dan ternama tanah air yang berkaitan isu mistik dan misteri.

Menerusi edisi ke-33, Misha Omar mendedahkan dia hampir gagal membawa lagu nyanyiannya, Sampai Bila dengan baik semasa pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang berlangsung pada Ahad.

Misha Omar mengakui dia terbuai dengan emosi sepanjang waktu latihan sehingga g4g4l mendapat prestasi nyanyian yang dimahukannya.

“Sejujurnya saya terlalu larut dalam emosi semasa sesi latihan sehingga gagal mengimbangkan kualiti nyanyian, hanya pada malam ini saya berjaya mendapat kualiti nyanyian yang dimahukan.

“Malah saya turut berkongsi dengan komposer lagu ini dimana saya rasa terganggu dengan banyak perkara yang saya sendiri tidak pasti tentang apa,” kata Misha kepada mStar Online.

Dalam pada itu, di hujung persembahannya di pentas AJL itu juga menyaksikan Misha menitiskan air mata. Malah dia turut mengakui tidak dapat menahan sebak semasa menyampaikan lagu ciptaan Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri itu.

Kali ketiga merangkul trofi Vokal Terbaik bagi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL), kejayaan Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila sekali gus menepati ramalan banyak pihak tatkala berlangsungnya AJL 33 semalam.

Tampil mempersembahkan komposisi lagu ciptaan Sharon Paul, manakala lirik ditulis oleh Fedtri Yahyadan Shah Shamsiri, ternyata keampuhan vokal milik Misha sukar digugat.

Azmeer selaku ketua juri menyifatkan, teknik penyampaian vokal Misha amat mengagumkan dan tiada finalis lain mampu menyainginya.

“Keseluruhannya, Misha menang mudah pada malam ini, jauh tinggalkan finalis lain,” kata Azmeer.

Menurut komposer berkenaan, sukar untuknya menamakan calon yang mampu mencabar kedudukan Misha.

“Kalau ada kedudukan nombor dua, kemungkinan milik paduan vokal Hael Husaini dan Dayang Nurfaizahmenerusi lagu Haram.

“Tak pun Syamel yang mengambil risiko menyanyi lagu Kau Pun Sama sambil ligat menari,” tambahnya.

Misha Omar Masih Power, Walau Dilabel Persembahan Statik

Pernah menjadi juara pada AJL 18 menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta, nampaknya Misha Omar sekali lagi tampil berbaju merah seolah-olah warna ini memberitahu kepulangan beliau pada AJL33 kali ini membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dan Tempat Ketiga sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM22K berserta trofi pada malam ini.

Walaupun Misha tampil secara ringkas dengan props yang begitu manimalis, ternyata persembahan lagu Sampai Bila mampu memukau penonton yang hadir.

Namun, masih terdapat lagi netizen diluar sana yang mempertikaikan kemenangan penyanyi ini dan melabel persembahan Misha sebagai persembahan statik yang ‘boring’. Serius lah netizen ni pun? Apapun, ramai nampaknya peminat Misha Omar masih tidak berpuas hati dengan keputusan juri kerana ramai yang beranggapan lagu Sampai Bila ini antara yang layak dinobatkan sebagai AJL33.

sumber: Mstar, Xtra.com, Mhetv

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.