Bekas Suami Erra Fazira, Engku Emran Bakal Bernikah Dengan Laudya Cynthia Bella Pada September Depan

Viral is caring!

Tahniah diucapkan kepada bekas suami Erra Fazira, Engku Emran yang bakal menamatkan zaman dudanya bersama pelakon terkenal negara seberang, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan. Majlis yang bakal berlangsung secara sederhana itu akan dilakukan terus tanpa bertunang.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang pada pertengahan September depan, mereka akan bernikah di sekitar Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis pernikahan hanya kecil-kecilan sahaja”

“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek. Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,” jelas sumber kepada Utusan Online.

Pasangan ini juga turut memilih untuk bernikah di Kuala Lumpur dan bukan di Jakarta di dalam sebuah majlis tertutup yang akan dilangsungkan di lokasi rahsia sekitar Kuala Lumpur. Difahamkan Emran dan Laudya sudah berkenalan selama lima bulan sejak diperkenalkan oleh Nora Danish.

Hebat juga pasangan ini menyembunyikan hubungan cinta mereka, sampaikan tiada siapa pun yang dapat menghidu. Apapun bak kata orang, sebaiknya dipercepatkan kalau nak membina masjid. Semoga segala rancangan dan persiapan pasangan ini dipermudahkan.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff