Belum Reda Pasal Persembahan AJL, PU Rahmat Pula ‘Sound’ Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy. Memang Padu Ayat Dia Bagi

Posted on

Nampaknya sepanjang hari kes mengenai Elfira Loy & Sufian Suhaimi membanjiri media sosial, dari malam tadi sampai sekarang nama mereka berdua je menjadi buah mulut netizen.

Ini semua disebabkan impak persembahan lagi Di Matamu semalam, bahkan siap ada wish daripada bekas kekasihnya Elfira Loy tu.

Ada yang team Elfira ada juga team Sufian. Susulan dengan kehangatan isu mengenai mereka, PU Rahmat terpanggil mengenai isu tersebut.

Boleh tak Suffian Suhaimi dan Elfira Sama sama belajar memahami takdir ?

Umumnya hubungan cinta antara mereka berdua telah berakhir, sejak dari itu ia menjadi buah mulut orang ramai apabila Sufian muncul dengan single terbaru Di Matamu tahun lepas.

Mereka beruda seolah-olah perang dingin tapi masing-masing menafikannya. Sufian tepis dakwaan bahawa lagu tersebut ditujukan akibat mereka putus tunang, menurutnya lagu ini telah dicipta sebelum insiden itu berlaku.

Spekulasi antara mereka berdua semakin hangat apabila Elfira Loy menunjukkan bekas kekasih Sufian hadir pada hari persandingannya dan kehangatan bertambah apabila ada netizen anggap persembahan Sufian malam tadi ada mesej tersirat untuk El.

Kehangatan semakin rancak antara mereka berdua apabila El ada wish good luck pada Sufian. Disebabkan itu PU Rahmat gesa mereka berdua agar bersikap matang dan menasihati netizen agar tidak bersikap batu api.

Berikut adalah tweet yang ditulis oleh PU Rahmat di twitter beliau;

” Boleh tak Suffian Suhaimi dan Elfira Sama sama belajar memahami takdir ?

” Kerana pertemuan dan perpisahan mereka .Elfira bertemu jodoh dan Suffian mendapat Ilham utk berkarya.

” Belajarlah memahami setiap keputusan Allah y baik atau buruk adalah suatu keputusan terbaik

” Matanglah”

Kemudian tweet beliau disusuli dengan status lain;

“Netizen pula jangan jadi batu api . Pada waktu ini kita doakan pernikahan Elfira berbahagia dan Suffian menemui yang lebih baik .

“Netizen belajarlah menjadi pendamai”

Kalau diperhatikan mereka beruda ni seolah-olah berbalas sesama sendiri cuma tak mengaku. Tapi mungkin itu semua sekadar kebetulan je.

Ada kemungkinan juga ada perselisihan antara mereka berdua yang kita tak tahu, apa pun biarlah mereka sesama sendiri yang selesaikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.