Cara Semak Dan Pembayaran Bil Air Melaka Secara Online 2018

Posted on

Masih punya masalah untuk semak dan pembayaran bil air melaka ? disini kami sediakan beberapa cara untuk menyemak atau membuat pembayaran bil air melaka kepada Syarikat Air Melaka. Moga artikel ini dapat membantu anda untuk membuat semakan atau pembayaran di masa depan kelak khusus nya kepada orang Melaka atau yang baru saja menetap di Melaka.

Pembayaran Bil Air Melaka secara kaunter

Semua pembayaran bil SAMB boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :

  • Kaunter kutipan SAMB
  • Daerah Alor Gajah
  • Daerah Masjid Tanah
  • Daerah Jasin
  • RTC, Kuala Linggi
  • Kampung  Gelam
  • UTC
  • Merlimau
  • Selandar
  • Kaunter Pandu Lalu
  • Head Quarters
  • Masjid Tanah
  • Bukit Sebukor

kutipan bil SAMB

Pengguna juga boleh membayar bil melalui agen kutipan seperti berikut:

  • Pejabat pos
  • MBMB
  • Bank Simpanan Nasional
sumber foto : google.com

Untuk Secara Online

Pembayaran secara Online juga disediakan seperti berikut:

  1.  Agro bank
  2. Bank Rakyat
  3.  Ambank
  4.  MBF
  5.  HSBC Bank
  6.  MBMB
  7.  Pos Malaysia Berhad
  8.  Jompay
  9.  CIMB Clicks
  10. Hong Leong Bank
  11. Maybank2u
  12. BSN
  13. Standard Chartered
  14. RHB
  15. Paylink Global

Secara Pos

Cek, draf bank atau kiriman wang pos dialamatkan kepada :
Syarikat Air Melaka Berhad,
Wisma Air,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka

Semua bil hendaklah dijelaskan dalam masa 14 hari dari tarikh bil dikeluarkan dan sekiranya gagal pemotongan bekalan air akan dibuat.

Tunggakan bil perlu dijelaskan di kaunter kutipan SAMB mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari bekerja untuk dikemaskini didalam sistem pengebilan SAMB. Caj penyambungan akan dikenakan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Secara cek

Untuk bayaran melalui cek, cek hendaklah dipalang dan dibayar diatas nama :

Syarikat Air Melaka Berhad

Sila tuliskan nama, no akaun, dan no. telefon dibelakang cek tersebut

Sila sertakan komisen bagi cek luar mengikut kadar minima RM 0.50 atau 0.03% daripada nilai cek, mengikut kadar yang mana tertinggi.

semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua ! jangan lupa share untuk info rakan yang lain ! jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda dibawah !

images from : google.com

Carian Ke Post Ini:

  • semakan bil syarikat air melaka

One thought on “Cara Semak Dan Pembayaran Bil Air Melaka Secara Online 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.