0

Che Ta Sekeluarga Sambung Beraya Sakan Di London

Viral is caring!

Perasan juga pada tahun ini Instagram Rozita Che Wan tidak dimeriahkan dengan gambar mereka sekeluarga melaram baju raya yang banyak. Rupanya Che Ta memberitahu dirinya hanya menghabiskan masa beraya seminggu sahaja sebelum berangkat ke kota London untuk beraya.

“Bukan apa, saya terikat dengan jadual penggambaran sebuah drama di sana, jadi senang cerita saya akan sambung beraya di kota London. Memang saya memiliki 104 pasang baju raya pada tahun ini. Cuma, 10 pasang saja baju raya sendiri rekaan Rizman Ruzaini, selebihnya ditaja oleh Minaz”

“Sebagai duta jenama pakaian berkenaan selama setahun, saya diberikan 94 baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya sehingga penuh satu almari dibuatnya. Jadi, cukup-cukuplah mengecam saya kerana kesemua baju tersebut diperoleh secara percuma,” jelasnya kepada Kosmo Online.

Jika tahun sebelumnya Che Ta memberitahu dirinya mempunyai 98 pasang baju raya, tahun ini pula nampaknya rezeki beliau semakin bertambah apabila mempunyai 104 pasang baju raya. Tidak lengkap rasanya kalau Che Ta tidak melaram baju raya di kota London nanti.

 

sumber : KOSMO ONLINE

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *