“Dah Kita Dilahirkan Cantik, Nama Pun Khunsa”

Posted on

Di laman Instagram, ramai selebriti berkongsikan gambar mereka sedekad lalu dengan melakukan #10yearschallange. Usahawan kosmetik, Nur Sajat turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan cabaran tersebut dengan berkongsikan fotonya yang diambil pada 2009.

Menerusi gambar tersebut, Sajat memberitahu 10 tahun lalu dia pernah memenangi pertandingan Ratu Kebaya. Kata Sajatlagi, dia masih sama seperti dulu serta turut mendedahkan bahawa dirinya khunsa.

“Dulu pernah menang miss kebaya 2009. Rasanya saya masih mantain seperti dulu. Ko rasa senak dengar stament dari i! Haahaaa yang penting saya pernah di crown tau! Gitew! Duduk tengah lagi! Beauty with brain.

“Walaupun ramai tak mampu terima kecantikan saya dulu dulu!! Dah kita dilahir kan cantik! Name pun khunsa, kecantikkan tu memang sesuatu lah kan,” kata Sajat dalam kapsyen perkongsian gambarnya.

Umum sedia maklum, status jantina Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya. Terdahulu, Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan gagal membayar cukai GST dan nama lelakinya iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman turut disiarkan di laporan akhbar.

Bagaimanapun menerusi satu laporan media, Sajat berkata nama sebenarnya tiada permulaan Muhammad atau Nur tetapi hanyalah Sajjad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.