Datuk Seri Vida Idam Lelaki Bermata Kelabu Sebagai Suami

Viral is caring!

Datuk Seri Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, mengatakan dia telah menerima lebih kurang 50 resume menerusi kiriman emailnya daripada ramai jejaka yang berhasrat untuk menjadikannya suri hati.

Wahhh…nak jadi calon suami pun siap pakai resume. Dah macam nak apply kerja, ye dakkk?

Apa yang lebih menarik, resume yang diterima itu bukan sahaja datang dalam kalangan rakyat tempatan malah tidak kurangnya dari luar negara termasuklah Scotland dan Finland.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya memetik sebuah portal online.

Vida berkata, sesiapa yang ingin menjadi suaminya perlulah mempunyai anak mata berwarna kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang begitu ‘gila’ membeli belah.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Selain itu, Vida juga berkata lelaki tersebut perlu setia , jujur, amanah, beriman,  penyayang dan apa yang paling penting boleh membahagiakan diri dan anak-anaknya.

Vida kini lebih berhati-hati dalam soal perkahwinan setelah mengalami tiga kali kegagalan dalam fasa tersebut. Disoal berkenaan pengganti, dia mengatakan belum mempunyai sesiapa lagi buat masa sekarang.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 dan berpisah pada 7 April yang lalu.

Fuhhh…Kelas Datuk. Haaa…ada sesiapa yang boleh penuhi karakter yang dinyatakan tadi? Bolehlah mencuba hantar resume juga.

Siapa tahu tuah beristerikan usahawan kosmetik ni kan! Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

 

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff