Datuk Vida Didakwa Menipu, Perguna Sekolah Agama?

Posted on

Nama Datuk Seri Vida tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja seorang usahawan yang berjaya malah terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan selalu membuat amal kebajikan. Umum mengetahui DSV sering menderma kepada pusat kebajikan, sekolah tahfiz dan pusat anak-anak yatim.

Tahun lalu, beliau menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah pusat tahfiz di Tanah Merah, Kelantan.Boleh dikatakan ramai yang menjadikan DSV sebagai idola dan mahu berjaya sepertinya.

Namun baru-baru ini ada kisah yang tidak sedap didengar mengenai jutawan kosmetik ini apabila Datuk Vida didakwa mempergunakan sekolah agama demi kepentingan beliau sendiri.

Menerusi Facebook, sebuah laman komuniti mendedahkan skandal DSV yang dikatakan mempergunakan sebuah sekolah agama di Terengganu. Turut didedahkan sekolah agama tersebut telah menjadi stokis produk keluaran DSV.

Menerusi pendedahan itu lagi, sekolah akan menerima habuan jika stok tersebut dapat dihabiskan. Namun stok tidak dihabiskan, maka tiada habuan untuk sekolah.

Laman komuniti itu juga mendakwa DSV seorang penipu dan bukanlah individu yang layak untuk dijadikan idola kepada pelajar. Malah DSV turut didakwa menipu mengenai sijil kelayakan dan pergunakan sekolah agama untuk mengambil kesempatan.

Sejak pendedahan tersebut tular di media sosial, tiada lagi penjelasan daripada Datuk Vida. Apa pun kita dengar dulu jawapan dari DSV sendiri sebelum membuat sebarang spekulasi.

SUMBER: FACEBOOK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Please disable your adblock for read our content.
Refresh