Demi Drama, Rambut Janna Nick Dah Macam Lelaki Betul!

Viral is caring!

Demi menunjukkan komitmen cemerlang dalam usaha menjayakan wataknya, Janna Nick sanggup memotong rambutnya, pendek ala boy cut dek kerana drama bersiri Coffee Prince.

Coffee Prince merupakan adaptasi daripada drama bersiri terkenal dari Korea Selatan dengan tajuk yang sama dan bakal diarahkan oleh Michael Ang.

Khabarnya, Fattah Amin yang akan bergandingan sebagai pelakon lelaki utama dalam drama bersiri tersebut.

“Saya memang sudah bersedia untuk memotong rambut pendek demi tuntutan watak dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia. Hasilnya sangat berbeza berbanding potongan rambut sebelum ini.

“Ini merupakan potongan ala boy cut yang paling pendek pernah saya lakukan sepanjang hidup saya.

“Sebelum ini memang saya sering memotong rambut pendek, sependek ini pun ada, tetapi potongan tersebut masih menonjolkan ciri-ciri comel serta menyelitkan sisi kewanitaan.

“Karakter dalam drama bersiri Coffee Prince memerlukan saya untuk menjayakan watak seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki, jadi potongan seperti ini harus saya lakukan,” kata Janna kepada Astro Gempak.

SEBELUM

SELEPAS MEMOTONG RAMBUT. MASIH COMELLAH JANNA!

Tambah Janna, dia melakukan gaya rambut berbeza kerana mahu memberikan kelainan pada setiap watak yang dijayakannya.

“Biar pun sering tampil dengan rambut pendek, tetapi saya tetap harus memastikan yang setiap gaya rambut pendek itu mempunyai perbezaan.

“Saya tidak mahu gaya rambut yang sama. Saya mengutamakan perbezaan pada setiap gaya rambut agar penonton sendiri merasakan kelainan watak yang saya hidupkan,” katanya lagi.

Janna bakal memasuki set penggambaran bermula esok dan drama itu bakal ditayangkan pada November ini.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff