Dibuang Sekolah Gara-gara Jual Majalah Porno

Viral is caring!

‘Pontianak kacak’ yang satu ketika pernah menjadi kegilaan peminat dunia, Robert Pattinson baru-baru ini mendedahkan pengalaman memalukan yang pernah dialami ketika zaman remaja sehingga dia dibuang sekolah.

Ketika muncul dalam program The Howard Stern Show pada Selasa lalu, bintang filem Twilight itu mengaku dia pernah dibuang dari sebuah sekolah elit di England atas kesalahan mencuri dan menjual majalah porno.

“Saya tidak pernah mendedahkan tentang perkara ini sebelum ini. Saya mencuri majalah porno dan menjualnya di sekolah. Tak tahu apa yang harus dilakukan dengan majalah itu. Tapi saya menjualnya dengan harga yang tinggi,” dedah aktor berusia 31 tahun ini.

Bukan hanya sekali, dia malah berulang kali. Hingga pada suatu hari, pemilik kedai menyedari majalah-majalah porno dikedainya telah dicuri.

“Saya biasanya mengambil satu atau dua, kemudian memasukkannya ke dalam beg. Ketika itu saya memakai pakaian sekolah, jadi memang berbahaya. Saya cukup ingat pada lelaki yang bekerja di kedai itu berteriak pada saya, dan dua orang teman saya berlari sedangkan saya melihat dan berkata, ‘Apa?’ Saya berjalan ke arahnya,”

“Saya terlupa menutup beg saya. Kemudian dia mengeluarkan semua majalah porno dari dalam beg saya. Saya hanya duduk kerana malu, sambil dilihat dengan jijik oleh orang-orang yang lebih tua ketika itu,” cerita Robert Pattinson.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana pemilik kedai itu tidak melaporkan kepada polis. Namun lelaki itu mengadu kepada pihak sekolah. Akibatnya, Robert Pattinson di hukum buang sekolah.

“Beberapa hari selepas itu, semua berubah. Teman-teman saya terus menjauhi saya,”tuturnya.

 

sumber

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff