Didakwa Gila Glamor Dan Cari Publisiti Murahan, Intan Liana Rasa Terkilan

Posted on

Intan Liana bukanlah seorang selebriti popular, tetapi kisah perkahwinannya bersama pemuzik Ude Wahid yang ketika itu masih bergelar suaminya menjadi perhatian apabila Ude berkahwin secara rahsia dengan Izreen Azminda sekitar bulan Ogos 2017.

Sejak daripada itu, ramai yang bersimpati dengan nasib Intan apatah lagi saat beliau diceraikan dan kini bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih kecil. Namun, rezekinya melimpah ruah dan menerima pelbagai tawaran peragaan dan ulasan produk serta sudah mula aktif dalam bidang perniagaan juga.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Intan. Mereka mendakwa Intan sengaja menjaja kisah perkahwinannya itu untuk meraih publisiti murahan dan gila glamor.

Saya bukanlah seorang artis, sebaliknya masih Intan yang lama. Saya sekadar mencari rezeki dengan berniaga. Jika diikutkan, saya sudah lama berniaga. Dulu, saya dan kakak menjual pakaian. Sekarang, saya menjual jamu dan minyak wangi kanak-kanak.

Sekarang, ada pihak bermurah hati berkongsi rezeki dengan melantik saya menjadi duta produk mereka pula. Saya memang tidak menyangka ada pihak menganggap saya seperti menagih publisiti murahan dan gila glamor. Hakikatnya, saya tidak menagih semua itu, termasuk perpisahan yang berlaku.

Bersabarlah Intan, biasalah bila kita sudah mula nampak bahagia dan berjaya sedikit pasti akan ada pihak yang cemburu dan sakit hati. Apa-apa pun, jangan mudah mengalah dan teruskan bersemangat mencari rezeki demi masa depan anda dan anak-anak.

SumberĀ  : BH ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.