0

Dilabel Seksi, Isteri Hafiz Hamidun Minta Maaf

Viral is caring!

Meriah sekejap dunia laman sosial tanah air apabila gambar isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa yang dilabelkan seksi telah tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, isteri penyanyi nasyid berkenaan melalui BH Online telah pun memohon maaf di atas perkara tersebut selain turut menjelaskan kenyataan Hafiz yang mendakwa dia turut dihalang untuk melihat kandungan gambar di Instagram isterinya sendiri.

“Sebenarnya berlaku sedikit kekeliruan, itu saja. Buat masa ini saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut bagi menjaga rumah tangga. Gambar yang saya kongsi itu berada di papan iklan untuk promosi produk Merve sejak awal tahun ini, iaitu sebelum mendirikan rumah tangga dengan Hafiz”

“Bahagian dada saya pula sudah dipotong supaya tidak menonjol. Kontroversi timbul apabila netizen melihat gambar itu dalam bentuk penuh. Apa pun saya memohon maaf atas kekhilafan memuat naik gambar terbabit untuk tujuan promosi produk di Instagram,” jelasnya.

Selain itu, gambar yang tersebar itu telah pun dipadamkan dan Joy turut berharap agar perkara terbabit tidak lagi dipanjangkan. Cuma nak tahu, dah unblock Hafiz di Instagram ke belum?

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *