Dr M… Jangan Duk Fikir Politik Kalau Dah Tua Bangka Nak Dekat Mati, Kata Zamihan

Posted on

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin menasihatkan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bertaubat dan tinggalkan politik.

“Bagi saya, orang tua yang sudah berkuasa lebih 22 tahun sepatutnya masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-banyak, bertaubat mohon maaf kepada manusia atas kesilapan yang lalu.

“Dan membuat amal jariah yang banyak untuk akhirat. Sepatutnya tak payah fikir politik kalau sudah tua bangka, nak dekat mati ini,” katanya dalam wawancara dengan Watan Online yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Zamihan diminta memberi pendapat apabila ada pemimpin yang sudah bersara dari politik namun kembali menyertai politik. Walapun tidak menyebut nama, namun difahamkan pemimpin yang dimaksudkan ialah Mahathir Mohamad yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun.

Mahathir kembali aktif berpolitik dengan menubuhkan BERSATU pada 7 September 2016 dan dicalonkan Pakatan Harapan (PH) sebagai perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14.

sumber kiniTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *