0

Eh, Kenapa Ramai Pertikai Aliff Syukri Ambil Lesen Pistol

Viral is caring!

Sering kali berpalit dengan kontroversi panas, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencetus kemarahan peminat apabila menghebahkan tindakannya membuat permohonan senjata api, pistol di media sosial semalam. Ramai mula mempertikaikan status tersebut yang dianggap boleh mengundang bahaya terhadapnya kerana terlalu terbuka berkongsi.

“Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan. Supaya saya lebih selamat, no more bodyguards I’m stronger,” tulisnya menerusi akaun Instagram mengenai usahanya memohon lesen pistol untuk keselamatan diri.

Menerusi status itu, Aliff agak terbuka berkongsikan mengenai permohonan itu sekaligus turut menjelaskan beliau enggan menggunakan khidmat pengawal peribadi lagi kerana sudah mempunyai pistol. Rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan Aliff dan menasihati usahawan itu untuk mengunakan pengawal peribadi.

Dalam masa yang sama, pastinya ada yang tetap mempertahankan ikon mereka itu. Tetapi secara peribadi, rasanya lebih baik Aliff tidak berkongsikan perkara sebegini kepada umum kerana bimbang kelemahan diri terbongkar dan membuatkan diri dan keluarga lebih bahaya. Apapun semoga Aliff sekeluarga dirahmati selalu.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *