0

Eizlan Yusof Tak Kisah Calon Isteri Ibu Tunggal

Viral is caring!

Eizlan Yusof Beri Peluang 2 Tahun Untuk Kembali Berumahtangga

Berhasrat untuk mendirikan rumahtangga selepas dua tahun menduda, Eizlan Yusof bagaimanapun meletakkan satu jangka masa untuk kembali berkeluarga. Jika tidak, dia akan melupakan terus hasrat tersebut.

“Sekarang saya sudah mula keluar bersosial untuk berjumpa orang baharu. Insya-Allah kalaulah ada jodoh saya mahu kahwin dalam masa setahun dua ini. Masa saya sudah singkat jika ingin memulakan keluarga baru, ia mestilah dalam tempoh dua tahun ini sahaja”

“Jika tidak ada dalam tempoh dua tahun ini terpaksa lupakan sahaja. Bagi saya perkahwinan ada dua jenis iaitu dengan wanita muda yang mahukan keluarga baru atau berstatus ibu tunggal”

“Jika ibu tunggal tidak perlu tergesa-gesa kerana perkahwinan itu adalah atas dasar saling melengkapi antara satu sama lain,” jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu, dalam masa yang sama Eizlan turut menyatakan bahawa dia masih trauma dengan kegagalan rumahtangganya sebelum ini selain turut berhati hati memilih pasangan. Eizlan dan bekas isteri, Vie Santie Harun berkahwin pada 2007 dan bercerai 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

sumber : mStar Online

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *