0

Elfira Loy Keliru Ramai Persoal Keputusan Kahwin

Viral is caring!

 

Elfira Loy Pelik Ramai Persoal Kahwin Dengan Sufian Suhaimi

Membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia muda, nampaknya ramai mempersoalkan tindakan Elfira Loy memilih Sufian Suhaimi sebagai calon suami. Selain didakwa mereka tidak serasi, ada juga yang menganggap usia Sufian yang terlalu muda untuk membimbing Elfira.

BACA“Kami Kahwin Beberapa Bulan Sahaja Lagi”

“Kenapa perlu lengahkan sesuatu perhubungan apabila kedua-dua pihak berasa selesa dan keluarga pun merestui. Saya rasa sudah tiba masanya untuk melanjutkan hubungan ini daripada bercinta lima hingga enam tahun dan apa-apa boleh berlaku ketika itu”

“Saya sudah bersedia dan sepatutnya semua wanita pun perlu berbuat demikian. Barang kali mereka melihat Sufian masih remaja tetapi dia sebenarnya sudah matang. Mereka belum bercakap dengannya dan mengetahui bagaimana corak pemikirannya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tempoh perkenalan yang singkat diantara mereka juga turut dipertikaikan kerana merasakan Elfira layak mendapat lelaki yang lebih baik dan matang berbanding Sufian. Terdahulu, pada awal bulan Julai lalu, keluarga Sufian telah menghantar rombongan merisik Elfira berserta sebentuk cincin.

Malah dikhabarkan juga pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan, namun tarikh pasti masih belum ditetapkan lagi. Buat Elfira, abaikan sahaja kritikan negatif. Tidak faham juga dengan mereka ini, kahwin cepat salah, kahwin lambat pun salah.

 

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *