0

Erma Kesal Ada Mahu Tampar Sebab ‘Hina’ Loghat Utara

Viral is caring!

Fuhhh! Marah benar anak jati Kedah dengan gaya percakapan loghat Utara dalam program Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan stesen TV3 pada 24 Jun lalu sempena dengan Aidilfitri baru-baru ini.

Pelbagai kritikan pedas turut diberikan terhadap semua barisan pelakon sehingga mereka menganggap loghat Utara yang disampaikan agak ‘keterlaluan’ sehingga ia kedengaran sebagai penghinaan kepada penduduk Utara sendiri.

Ekoran itu ada pula pihak yang ingin tampar muka watak utama program tersebut iaitu Mak Cun yang dipegang oleh aktres dan pengarah terkenal, Erma Fatima kerana berasa tidak berpuas hati dengan rancangan berkenaan.

Erma, 49, bagaimanapun ketika dihubungi portal mStar Online meluahkan perasaan kesal dengan tindakan biadab segelintir pihak yang menghentam program itu sehingga ada netizen berhasrat pula hendak menampar mukanya!

Kata pemilik nama penuh Fatimah Rahmad Ali itu, dia sebenarnya sentiasa terbuka terhadap sebarang teguran dan kritikan membina bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada Mak Cun, namun biarlah ia kena dengan gayanya.

“Kenapa pula hendak menampar saya? Orang Melayu berbudi bahasa, orang salah ditegur, diajar… gengster bukan budaya kita. Salah sikit je nak pukul nanti makin banyak anak-anak kita jadi pembuli. Jadi jangan tampar Mak Cun.

“Kesian Mak Cun dah tua,” kata Erma sebagai cuba menagih simpati. Menerusi rancangan hiburan itu, beliau juga bergandingan bersama-sama aktor veteran, Datuk Rahim Razali yang memegang watak suaminya, Pak Akob.

Namun ujarnya yang kini berada di Milan, Itali, beliau memohon maaf jika ada pihak terguris gara-gara tidak puas hati dengan gaya percakapan Utara itu kerana sudah memberikan yang terbaik untuk program khas tersebut.

“Kepada yang marah saya tu, saya minta maaf. Saya hanya berlakon dan cuba berikan yang terbaik. Sampaikan juga salam maaf saya pada yang nak tampar muka saya. Kami yang berlakon dalam Mak Cun semua bukan orang Utara.

“Jadi memang makan masa hendak fasih loghat Kedah,” katanya. Dirisik mengenai pemergiannya ke Itali, Erma bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun pengikutnya di Instagram meneka ia ada kaitan dengan Mak Cun.

“Hahhhhh… Mak Cun ada misi baru. Hangpa nak tau tak Mak Cun pi mana? Bye semua, sedih Mak Cun tak dapat nak raya kat Malaysia puas-puas demi tugas. Pertama kali raya di luar negeri… tak suka,” tulisnya di Instagram.

Raya Sakan Mak Cun ditayangkan secara langsung itu juga menampilkan gandingan pelakon lain termasuk Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Datin Umie Aida) dan Kumin (Adik Haidar).

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *