Ex Sufian Suhaimi Datang Majlis Kahwin Elfira Loy

Posted on

Biarpun Elfira Loy sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, nama penyanyi Sufian Suhaimi tetap menjadi bualan ramai dan masih ada segelintir netizen yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas tunangnya itu.

Namun kali ini, bekas kekasih Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Izyan pula yang menjadi perhatian ramai apabila hadir di majlis persandingan Elfira pada Sabtu lalu.

Menerusi Instagram, Izyan memuat naik gambar pada majlis resepsi dan turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut. Izyan turut meluahkan rasa gembira kerana Elfira dipertemukan dengan Faris.

“Allah tahu yang terbaik dan dia menemukan kita akhirnya. Tahniah atas hari bahagia ini. Semoga kasih sayang yang dikongsi hari ini semakin kukuh hingga ke tua.

“Secara jujurnya saya begitu gembira untuk kamu dan Faris dipertemukan untuk satu sama lain. Terima kasih juga kerana membenarkan saya dan rakan-rakan berkongsi majlis penuh magis ini. Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan saya harapkan yang terbaik untuk memulakan penyatuan ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elfira juga turut dilihat memuat naik gambar bersama Izyan dan mengucapkan terima kasih di atas segalanya kerana selama ini banyak membantu dia dan ibunya.

“Siapa tahu kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain. Terima kasih kerana datang ke majlis perkahwinan saya. Semoga dipercepatkan jodoh juga Izyan,” tulis Elfira.

Terdahulu, Sufian Suhaimi dikhabarkan bercinta dengan seorang gadis bernama Izyan sebelum didakwa meninggalkannya demi Elfira Loy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.