Farahdhiya Terima Foto Lucah Budak Bawah Umur

Viral is caring!

“Masih Budak Tapi Sudah Berani Hantar Gambar Lucah”

Mengerikan tetapi lebih sedih mendengar kisah yang dikongsikan Farahdhiya apabila diganggu oleh budak bawah umur yang menghantar gambar lucah kepadanya. Sampai begitu sekali beraninya budak-budak sekolah zaman sekarang, malah katanya ini bukanlah kali pertama berlaku.

“Memang geram sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar lucah pada saya. Takde rasa hormat langsung. Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan ambil gambar menampakkan sebahagian alat sulit dan muka mereka”

Dengan pelbagai kejadian jenayah yang berlaku sekarang, apa lagi yang membabitkan kaum wanita, Farahdhiya lebih selesa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memandu sendirian. Malah penggunaan media sosial juga digunakan sebijaknya bagi mengelakkan kejadian tak diingini.

“Saya mengambil langkah untuk tidak akan menaiki perkhidmatan Grab Atau Uber atas sebab-sebab keselamatan dan saya lebih selesa untuk memandu sendiri. Entahlah, kadang-kadang saya tak faham kenapa orang perlu nak check in kat mana-mana mereka berada,” katanya kepada m Star Online.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff