0

Fikiran Matang, Selesa Dengan Imej Sopan – Tasha Shilla

Viral is caring!

Putus cinta itu memang sesuatu yang cukup memedihkan. Memang merana satu badan dibuatnya. Fizikal, mental dan emosi semua terganggu.

Ada orang lepas seminggu dah boleh pulih daripada putus cinta. Ada orang makan masa bertahun-tahun.

Untuk Tasha Shilla, dia mengambil masa 2 tahun untuk berehat daripada dunia lakonan selepas putus cinta. Kini Tasha Shilla kembali aktif dan akan berlakon kembali.

Selepas 2 tahun merehatkan diri, Tasha Shilla menyedari bahawa dunia lakonan adalah jiwa dan terapi buat dirinya.

Jujurnya ketika putus cinta emosi saya sangat terganggu. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada lakonan untuk stabilkan emosi.

Tawaran lakonan sentiasa ada cuma saya yang menolak kerana ketika itu belum bersedia untuk bekerja.

Saya tidak mahu menjadi orang yang tamak memperjudikan kerjaya dan menyusahkan orang lain kerana sedar dalam tempoh itu memang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap lakonan.

Kerja saya sebagai pelakon membawa karakter orang lain, tetapi emosi sendiri tidak stabil. Bagi saya ia satu keputusan yang tepat dan tidak pernah menyesal kerana yakin rezeki sentiasa ada.

Saya banyak belajar dengan apa yang berlaku dan kekal positif. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bercinta. Soal hati saya tolak ke tepi dulu.

Sebelum ini selama tujuh tahun saya bekerja tanpa henti. Selepas berehat selama dua tahun baru saya sedar dunia lakonan merupakan jiwa dan terapi yang membuatkan saya sentiasa gembira.

Apa yang lebih menarik dengan “comeback”nya kali ini ialah Tasha Shilla tampil dengan imej lebih sopan. Kalau dulu sebut nama Tasha Shilla je dah terbayang seorang gadis yang seksi, kini bersesuaian dengan kematangan umurnya, Tasha lebih menitikberatkan soal penampilan.

Dahulu saya masih muda sentiasa ingin bergaya dengan selesa tanpa memikirkan impaknya. Sekarang pada usia 30 tahun dengan fikiran lebih matang, rasanya saya lebih selesa dengan gaya sopan dan sesuai dengan usia.

Perubahan itu dibuat bukan kerana peminat, tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Saya masih Tasha Shilla dan akan kekal menjadi diri saya sampai bila-bila.

Apapun seksi itu bersifat subjektif, kadangkala saya pakai kebaya orang masih kata seksi.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *