0

Fuh! Jenama Mak Cun Bakal Tawan New York ? ( Mak Cun Pi New York )

Viral is caring!

Ingat tak dulu ada telemovie raya Mak Cun Pi New York kesinambungan bagi cerita Mak Cun 2, kali ini Mak Cun betul-betul akan berada di sana wey!!

Pergh…Jenama Mak Cun yang dikenalkan oleh Erma Fatima sangat sinonim dengan fesyen-fesyen Melayu zaman dulu-dulu. Haaa.. lepas ni jangan terkejut kalau anda terjumpa orang sana memakai baju kurung, kebaya mahupun kebarung. Nie gara gara Mak Cun !!!

Mana taknya, sekarang ini pengarah dan pelakon Erma Fatima menyertai program Malaysia Fashion & Business Mission to New York. Tapi katanya bukanlah untuk jadi pereka fesyen, sebaliknya menjadi usahawan dengan menggunakan peluang yang diberikan oleh Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati).

“Saya bukan nak jadi pereka fesyen. Saya ambil peluang ini kerana suka dan ia benda baru yang menyeronokkan.

“Yang paling penting saya dapat peluang perniagaan untuk membawa jenama Mak Cun ke serata dunia.

“Bukan sahaja fesyen tapi saya juga boleh bawa produk-produk Mak Cun terutamanya nasi beras perang,” katanya dipetik laporan mStar online.

Erma mengakui walaupun ada sesetengah pihak menganggap jenama Mak Cun itu kekampungan, dia tekad untuk membawanya ke pentas antarabangsa. Lagipun, koleksi pakaian jenamanya turut dibantu pereka fesyen yang juga adik angkatnya.

“Saya dibantu oleh adik angkat yang juga pereka fesyen iaitu Asyraf Zainal dan Amad.

“Mereka ini yang bantu saya mencari kain dan memberi beberapa idea untuk koleksi baju yang akan dibawa ke pentas New York.

“Mungkin di Malaysia orang pandang jenama Mak Cun seperti jenama kampung tapi saya akan terus perjuangkan jenama ini di pentas antarabangsa,” ujarnya.

Dua lagi pereka fesyen iaitu Sara J dan Eja Shahril akan turut serta dalam persembahan fesyen di New York dengan bantuan Peniagawati.

Biarpun Erma sudah berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan sejak dua tahun lalu, keutamaan masih lagi diberikan dalam bidang seni. Buktinya, pengambaran Mak Cun akan dijalankan semasa mereka berada di negara Uncle Sam itu.

“Fesyen ini sekadar hobi baharu dan baru mula dalam dua tahun lalu. Saya masih lagi beri keutamaan dalam bidang seni.

“Nanti di New York, saya juga akan melakukan penggambaran drama Mak Cun sebab Umie Aida akan bersama saya di sana. Alang-alang buat saja sekali,” tambahnya.

Oklah tu.. sekurang-kurangnya Erma dapat meletakkan budaya Melayu Malaysia di pentas antarabangsa, sekaligus memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *