Baru-baru ini, pelakon Eyka Farhana ada memuat naik gambar berpelukan dan seakan mahu bercumbu bersama pelakon Janna Nick. Perkongsian gambar tersebut dikecam oleh netizen yang kurang senang melihat aksi kedua pelakon itu dan turut disifatkan seperti mempromosikan LGBT.
Rata-rata netizen berpendapat, ada banyak lagi cara untuk bergambar dan sebagai selebriti mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Kata netizen lagi, perlakuan mereka itu boleh mendorong orang lain terutama anak muda untuk meniru aksi tersebut.
Tidak kurang juga ramai yang meminta agar gambar tersebut dipadam agar tidak mengundang sebarang fitnah. Namun masih ada peminat yang mempertahankan kedua selebriti itu dengan mengatakan ianya perkara biasa jika perempuan berjumpa dengan rakan baik mereka.
Ada juga berpendapat netizen perlulah berfikiran positif dan jika ingin menegur, berilah teguran secara berhemah.
Walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.