(Gambar) Setelah Lama Berdiam Diri, Elfira Loy Akhirnya Mengaku Sudah Bertunang

Posted on

Segala teka-teki dan persoalan mengenai status hubungan pelakon Elfira Loy dan jejaka yang dikenali sebagai Faris K Anuar akhirnya terjawab apabila Elfira sendiri mengesahkan beliau sudah bertunang pada 2 September lalu.

Elfira menerusi akaun Instagramnya, mengakui beliau sedang sangat bahagia dan momen pertunangan itu adalah yang paling indah buatnya.

Hubungan Elfira dan Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk mula terjalin sekitar bulan Ramadhan lalu. Hanya selepas beberapa bulan berkenalan, berita mengenai majlis merisik serta pertunangan mereka mula diperkatakan. Majlis pertunangan pasangan tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja di rumah keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila sah putus tunang pada 18 Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.