0

Giliran Nur Sajat Pula Bergelar Penyanyi

Viral is caring!

Selepas Datuk Seri Vida tampil dengan single berjudul ‘I Am Me’, usahawan kosmetik Nur Sajat juga bakal mengikut jejak langkah yang sama.

Menurut Nur Sajat, dia dirisik oleh sebuah syarikat rakaman untuk merakamkan lagu duet bersama Datuk Alif Syukri.

Tambahnya lagi, dia menerima tawaran tersebut sebagai satu strategi pemasaran dan juga untuk melariskan perniagaannya.

“Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu kena dengan konsep dan jiwa saya.

“Saya menganggap ini satu peluang positif untuk tujuan pemasaran. Apatah lagi saya adalah ahli perniagaan dan dikenali. Bukan mudah nak mendapat tawaran sebegini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nur Sajat, dia lebih gemarkan lagu balada atau tangkap leleh.

Bagaimanapun, Nur Sajat tidak bercadang untuk bergiat serius dalam bidang nyanyian, sebaliknya ia sekadar suka-suka selain strategi perniagaannya.

Sumber: Harian Metro

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *