Hebat Main Bola, Gadis Cantik Digelar ‘Ronaldinho Kelate’

Viral is caring!

Bila sebut je tentang sukan bola sepak, selalunya ia dikaitkan dengan golongan lelaki. Tapi sekarang ni bola sepak bukan saja diminati oleh kaum lelaki, tetapi wanita pun dah pandai timbang bola.

Baru-baru ini, seorang gadis berusia 20 tahun, Nur Syahindah Mohamad Kamal, menjadi bualan di media sosial gara-gara bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

Lebih mesra disapa Nur Indah menjadi viral bukan saja kerana dia pandai bermain bola tetapi memiliki rupa paras yang cantik.

Gadis berdarah campuran Melayu dan Cina ini yang mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC turut menjadi buruan setiap jejaka di luar sana kerana dikatakan memiliki ciri-ciri wanita idaman mereka.

Bukan je cantik tapi Nur Indah juga menjaga cara pemakaian sebagai seorang muslimah ketika bermain bola.

Apa yang pasti, gadis cantik ini turut dirisik beberapa pengeluar jenama tudung dan syarikat barangan sukan untuk dijadikan sebagai duta produk mereka.

Namun buat masa ini, Nur Indah yang digelar ‘Ronaldinho Kelate’ menolak tawaran tersebut untuk memberi fokus pada pelajaran dan bola sepak.

Sumber: Mstar

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff