Hebat! Soo Wincci Teruja Terima ‘Master’ Kedua Di Sepanyol

Posted on

Satu per satu kejayaan diperolehi penyanyi dan pelakon Dr Soo Wincci, 33, sekaligus menyuntik inspirasi buat ramai peminat di tanah air.

Semalam, Soo Wincci berkongsi berita dia menerima ijazah sarjana keduanya dalam jurusan Inovasi & Teknologi Dalam Produksi Muzik pada majlis konvokesyen yang diadakan di Kolej Berklee Kampus Valencia, di Sepanyol.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, dia menulis, dia teruja kerana akhirnya berjaya menerima ijazah di institusi berprestij impiannya itu.

“Konvo untuk Master kedua Wincci dari kampus idaman Wincci @berkleevalenciacampus , kali ini seorang diri kat Spain, jutaan penghargaan atas ucapan daripada anda semua, Wincci kena pergi ke dewan dah, nanti akan post lebih gambar,” tulisnya.

Terdahulu, bekas Ratu Cantik Dunia 2008 sebelum ini sudah mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.