Idris Sembunyikan Pekerjaan Sebagai Tukang Cuci Daripada Anak-anak, Berusaha Keras Untuk Memasukkan Mereka Ke Universiti

Posted on

Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja bagi merealisasikan impian anak-anak mereka. Inilah apa yang telah dilakukan oleh Idris, seorang bapa yang penyayang untuk anak-anaknya.

Kisah Idris mula tular selepas seorang jurugambar bernama GMB Akash berkongsi kisah tentang seorang tukang cuci yang berusaha untuk menghantar anak-anak perempuannya ke universiti.

Idris terlalu malu untuk menceritakan perihal sebenar tentang pekerjaannya kepada keluarganya sendiri. Dia menipu mereka dan berkata dia hanya bekerja sebagai buruh kasar.

Bagi menyembunyikan bau yang mungkin tidak menyenangkan kerana pekerjaannya, dia akan mandi di bilik mandi awam sebelum pulang ke rumah. Idris sanggup melakukan pelbagai perkara, yang penting anaknya dapat memasuki universiti.

Impian Idris untuk melihat anaknya masuk ke universiti hampir menjadi kenyataan apabila anak perempuannya itu tamat persekolahan dan dapat surat kemasukan ke universiti.

Namun, pada hari di mana dia harus pulang ke rumah bersama wang untuk yuran anaknya, dia tidak cukup wang. Idris sangat kecewa dan mula menangis.

Namun sesuatu yang menakjubkan berlaku. Selepas tamat waktu kerja, seorang demi seorang rakan sekerjanya datang dan memberikan gaji mereka kepadanya.

Apabila Idris menolak, mereka berkata, mereka akan berlapar hari ini jika perlu, anak perempuan kamu mesti menyambung pengajian ke universiti.

Idris pun dapat membayar yuran pengajian anaknya. Malah, selepas mengetahui perkara sebenar, anak-anaknya meminta Idris untuk letak jawatan. Mereka kini mengambil kerja separuh masa sambil belajar untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Pada masa yang sama, anaknya itu sentiasa membawa bapanya ke tempat kerja lama bapanya. Dia akan membawa makanan dan belanja bekas rakan sekerja bapanya makan.

Ini kerana, kalau tidak disebabkan pengorbanan mereka pada hari itu, dia mungkin tidak akan ke universiti. Dia juga meminta semua orang mendoakan kejayaannya agar setiap hari dia boleh membantu mereka.

Menurut Idris, dia tidak merasakan dia orang miskin lagi. Mustahil untuk dia rasa miskin dengan anak yang bijak dan pemurah seperti anaknya itu.

Sementara itu, kisah yang dimuat naik di FB ini telah mendapat hampir 200k perkongsian dan lebih setengah juta ‘like’.

Rata-rata netizen yang membaca kisah penuh inspirasi ini berasa sebak malah ada yang mengaku sampai menitiskan air mata.

” I cried! He is a more estimated,educated,broadminded person than many other so called educated people in our country! I feel like applauding him n I salute this kind of personality..” komen netizen bernama Yari.

” By reading this writing I couldn’t make my tears off.I would take it as a lesson in my life journey.Thanks for this immense writing..” akui seorang netizen bernama Towhid Ahmed

Sumber : kodokinfo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.