0

Info Ibu Hamil : 15 Tip Jaga Luka Pembedahan Caesarean

Viral is caring!

Penjagaan luka pembedahan tidak boleh dipandang mudah oleh ibu ibu hamil. Mustahak bagi kita sebagai suami atau ibu hamil untuk mengetahui cara yang tepat penjagaan luka caesarean agar ia lekas sembuh, tidak bernanah dan tidak mudah meretas. Mahu luka pembedahan sembuh tanpa hal yang tidak diingini? Ikuti 15 tip penjagaan ini.

1.Mengamalkan pemakanan seimbang (karbohidrat, protein, vitamin dan mineral) kerana badan memerlukan nutrien yang cukup untuk penyembuhan luka pembedahan.

2.Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu penyembuhan.

3.Mama perlu elakkan sembelit supaya luka mudah sembuh.Amalkan mengambil makanan yang tinggi serat.

4.Mengambil vitamin terutama zat besi untuk wanita yang menghidap anemia untuk tiga bulan selepas kelahiran. Kekurangan zat besi melambatkan penyembuhan.

5.Mama perlu mandi setiap hari. Lap kering kawasan luka setiap kali selepas mandi. Pastikan kawasan luka terkena air dan cucinya dengan sabun biasa atau antiseptik.

6.Jangan letakkan sebarang krim atau minyak pada bahagian permukaan luka kecuali selepas luka sembuh.

7.Pastikan kawasan luka pembedahan sentiasa kering.

8.Sekiranya ingin memakai bengkung, elakkan menyapu minyak panas atau ubat barut pada luka atau terlalu dekat dengan tempat luka

9.Elakkan menutup tempat luka supaya tidak berkuap dan berpeluh.

10.Meletakkan tangan atau ampu bahagian luka dengan bantal atau gulungan kain apabila batuk, ketawa atau bersin.

11.Aktiviti yang boleh menyebabkan regangan atau meningkatkan tekanan ke dalam abdomen seperti menjemur pakaian, mengambil barang dari tempat tinggi, mengangkat barang berat, sembelit atau batuk yang teruk perlu dielakkan sama sekali.

12.Aktiviti fizikal ringan seperti berjalan boleh membantu menyembuhkan luka dan mengelakkan darah beku.

13.Mengeringkan luka pembedahan caesarean dengan kipas atau pengering rambut adalah tidak perlu. Memadailah dengan mengelap luka dengan tuala bersih selepas mandi.

14.Tahukah anda bahawa ibu yang aktif terutama berjalan selepas pembedahan caesarean akan membantu mempercepatkan luka sembuh. Hal ini kerana perjalanan darah menjadi lancar ke seluruh tubuh termasuk luka pembedahan dan menggalakkan pergerakan dalam usus.

15.Berjalan kaki boleh mengurangkan berlakunya darah beku di dalam salur darah di kaki dan paru-paru yang boleh merbahaya kepada ibu.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *