Inilah Gambar Tuan Punya Badan Yang Mengecewakan Kamal Adli Dan Ramai Jejaka Malaysia

Posted on

Selepas seharian tular akibat penyebaran gambar mesra bersama pelakon Emma Maembong, Syed Abdullah Syed Abd. Rahman, 30, tampil dengan luahan permohonan maaf secara terbuka.

Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd. Rahman memuat naik permohonan maaf secara terbuka dalam akaun Instagramnya sebentar tadi.

Dia yang meminta rakyat Malaysia menghentikan kecaman terhadapnya turut mendakwa bahawa akaun Wechatnya digodam sehingga tersebar gambar-gambar panas bersama Emma.

“Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang. Janganlah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed dan rakan-rakan Syed. Biar saya berdepan dengan kesilapan saya.

“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas nasihat anda dan sokongan moral yang saya terima. Saya menerima segala kritikan secara positif dan berjanji memperbaiki diri,” tulisnya.

Syed Abdullah juga menempelak individu di sebalik penularan kesemua gambar berkenaan dengan menegaskan, hubungan kekeluargaannya tidak tergugat dek perkara tersebut.

Tambahnya, dia bersedia untuk dikecam dan berharap insiden berkenaan menjadi teladan bagi orang lain.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan permohonan maaf daripada Emma berhubung gambarnya tidak bertudung dan memeluk Syed Abdullah yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, turut tersebar dua keping lagi gambar wanita mirip Emma dipeluk seorang lelaki dipercayai Syed Abdullah.

Giliran Syed Abdullah pula mohon maaf


Inilah Tuan Punya Badan Yang Mengecewakan Kamal Adli Dan Ramai Jejaka Malaysia

Jika Syed Saddiq mencairkan hati rakyat Malaysia menerusi kredibiliti, ketokohan dan komitmennya dalam politik, tidak terkecuali ahli keluarganya turut terkena tempias.

Baru-baru ini, tular beberapa keping foto wajah abang kandungnya, Syed Abdullah yang disifatkan netizen ‘delishish’.

Kleo
@Kleorism
Abang Syed Saddiq is damn delishish !

Bukan hanya kacak malah Syed Abdullah, 29, juga memiliki badan tegap persis model antarabangsa.

Malah, menurut carian netizen, Syed Abdullah memiliki ketinggian 192 sentimeter.

Menurut informasi yang dikongsikan di Facebook peribadi, Syed Abdullah merupakan graduan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Aviation Technology (MIAT).

Kemudian, jejaka kacak itu meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan aerospace di Embry-Riddle Aeronautical University, Daytona, Amerika Syarikat.

Kini, Syed Abdullah difahamkan berkhidmat bersama Emirates Airlines.

PRU14 menyaksikan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah.

Syed Saddiq yang juga menggalas jawatan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mencipta sejarah sebagai ahli politik termuda dalam kabinet negara.

Keunggulan Syed Saddiq berjaya memenangi kerusi Dun Muar dengan menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim dari Barisan Nasional yang pernah menyandang tiga penggal kerusi berkenaan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syedabdullah1989

Sumber: Gempak.com


One thought on “Inilah Gambar Tuan Punya Badan Yang Mengecewakan Kamal Adli Dan Ramai Jejaka Malaysia

  1. patutlah dia tak nak kamal, sebab kamal ad, tinggi 178cm, dia 192cm, beza 14cm. Banyak tu, dia tu punya tottt tu pun mahu 6.4 inch, mahunya emma tolak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.