Insta Video – Siti Nurhaliza Bakal Umumkan Nama Anak Malam Ini

Posted on

Pejam celik, sudah tujuh hari Datuk Seri Siti Nurhaliza bergelar ibu dan melahirkan seorang bayi perempuan comel yang menggunakan gelaran Fatimah Az-Zahra untuk sementara waktu, hari ini Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiawa bakal mengumumkan nama sebenar anak sulung mereka bersama. Korang rasa apa nama anak CTDK ini ?

Difahamkan, mereka akan mengadakan majlis tahnik dan juga maulud nabi yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman YouTube SitiOfficial Video.

Siti menerusi akaun Instagramnya juga buat pertama kali berkongsi video anaknya dengan umum. Rata-rata netizen memuji kecomelan Fatimah Az-Zahra dan wajahnya mirip sekali dengan ibunya.

Sama-sama kita nantikan nama apa agaknya Siti Nurhaliza dan Datuk K akan berikan kepada puteri mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *