0

Janna Nick Sertai Muay Thai Untuk Kurus Dalam Drama

Viral is caring!

Demi menjayakan watak dalam drama baharu, Coffee Prince, aktres, Janna Nick sanggup berhempas pulas menyertai sukan Muay Thai semata-mata untuk tampil lebih kurus.

Jelas pelakon dengan nama sebenarnya Nurul Jannah Muner ini, dia menyertai sukan lasak tersebut sejak sebulan lalu dan kini gadis yang berusia berusia 22 tahun itu gigih menjalani latihan secara intensif hampir setiap malam.

“Kalau hendak dikatakan sebagai penat, memang saya berpeluh habis. Tetapi ini juga adalah salah satu cara untuk saya dapat tampil dengan bentuk badan yang lebih kurus selain turut sihat anggota tubuh badan.

“Saya akan memulakan penggambaran drama ini tidak lama lagi iaitu selepas penggambaran drama Malaysia-Indonesia berjudul Dia tamat,” kata Janna yang kini semakin bersemangat menceburi bidang perniagaan.

Difahamkan, aktres drama bersiri popular Syurga Nur dan Kau Aku Kita ini, bakal bergandingan dengan aktor kacak, Fattah Amin dalam drama yang bakal ditayangkan menerusi saluran stesen berbayar tempatan Astro itu.

Janna pernah mendapat perhatian antarabangsa apabila meninggalkan komen menerusi Instagram menggesa model, pelakon dan deejay terkenal kelahiran Australia, Ruby Rose untuk menambahkan berat badan dirinya.

Ramai peminat selebriti itu yang memiliki 10 juta pengikut di laman sosial tersebut dan merupakan pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) berang dengan kritikan Janna berkenaan.

 

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *