Harriz sewaktu lahir

(JOM BANTU) Dua bayi comel menghidap jantung berlubang perlukan bantuan anda

Posted on

Malang menimpa Muhammad Harizz Ashraf, 2 bulan menderita sakit kronik sejak lahir yang mana telah mengakibatkan komplikasi termasuk jantung berlubang.
Abangnya, Muhammad Harazz Ashraf, 1 tahun juga menghidap sakit jantung berlubang.

Harriz sewaktu lahir

Keluarga serba kedaifan memandang bapa kepada dua bayi malang tersebut hanya kerja kampung manakala ibunya tidak mampu bekerja kerana terpaksa menjaga anak-anak yang sakit.
Ibu kepada dua bayi tersebut, Puan Normala Syakilla Arman ,21, berkata bahawa mereka kini masih tinggal bersama keluarganya. “Ayah pun tak mampu untuk membiayai kos rawatan Harriz dan Harraz kerana hanya bekerja biasa dan terpaksa menanggung 7 orang lagi adik beradiknya yang masih bersekolah.

Mereka sekeluarga hanya berbekalkan ehsan dan sumbangan orang ramai bagi meneruskan hidup memandangkan terpaksa mengeluarkan belanja yang kerap untuk rawatan kedua-dua anak tersebut.

“…Harraz sudah menjalani rawatan dan sekarang masih berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Temerloh untuk tindakan susulan . Masih ada satu lagi lubang yang belum dirawat…”, kata ibunya

Manakala Muhammad Harriz yang baru berumur 2 bulan kini masih dalam pengawasan Hospital Temerloh ekoran masalah bengkak hati dan jantung berlubang yang dihadapinya. Bayi comel ini juga menunggu masa untuk dirujuk ke IJN untuk rawatan.
Harriz sejak dilahirkan Disember 2018, waktu nya hanya lah di hospital tidak seperti bayi lain.

Harriz, 2 bulan

“…Pihak kami sempat berkunjung ke rumahnya di Maran, Pahang dan sungguh merasa hiba dengan kehidupan mereka yang serba dhaif dan kekurangan.
Pihak kami merayu kepada rakyat Malaysia atau mana-mana NGO atau pihak berwajib, supaya sama-sama menyumbang untuk membantu keluarga ini…” kata salah seorang aktivis yang sempat berkunjung ke sana.

Sumbangan Ikhlas dan Bantuan boleh terus disalurkan ke kepada

NORMALA SYAKILLA BINTI ARMAN
AKAUN BANK : 06037023296993
JENIS BANK : BANK ISLAM

atau terus menghubungi ibu bayi ini di talian 014-2191 292 (Syakila)

“…Bagi yang tidak dapat membantu dengan kewangan, cukup sekadar kalian sumbangkan doa kepada kedua bayi kami…,” ujar Syakila lagi.

SAMA-SAMA KITA RAKYAT MALAYSIA HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN BAGI YANG MEMERLUKAN.

2 thoughts on “(JOM BANTU) Dua bayi comel menghidap jantung berlubang perlukan bantuan anda

  1. Meinee Entwickler auf überzeugen versucht, mir zu .net von PHP zu
    bewegen. Ich war schon immer mochte die Idee, weil der Kosten Kosten. Aber er ist
    tryiong nichtsdestoweniger. Ich habe miit Movable-Typ um eine Vielzahl von verschiedenen Websites für etwa ein Jahr und
    bin Nerven besorgt über die Umstellung auf eine andere Plattform.
    Dinge über blogengine.net Ichh habe sehr gut gehört. Gibt es eine Möglichkeit, ich kann
    import alle meine WordPress conyent hinein? Anny Hilfe wäre
    wirklich ser geschätzt!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.