0

Kaki Travel : 10 Resepi Makanan Ketika Anda Travel Yang Mudah Di Sediakan

Viral is caring!

Pek Perencah Makanan Semasa Travel

Terima kasih pada yang sudi membaca dan sentiasa membaca okay sekarang kita update tentang resepi paling ideal untuk kaki travel.

Okay ! Antara resepi makanan semasa travel yang saya buat lebih kurang macam dalam senarai ni :

Pek perencah yang boleh dic ampur dalam nasi atau sayur

1.Nasi Goreng Adabi

Bahan utama : Perencah Nasi Goreng Adabi
Bahan tambahan: Telur Rebus/minyak sayur/margerin
Masak nasi macam biasa. Dah masak saya campurkan sahaja perencah nasi goreng Adabi ke dalam nasi yang dah masak tadi. Nak tambah lauk hanya rebus telur . Telur rebus pun boleh di makan begitu sahaja. Punyalah senang nak siapkan resepi ni.

2. Nasi Goreng Margerin

Bahan utama : Perencah Sayur 3 Rasa
Bahan tambahan : Margerin /sayur dalam pek/udang
Masak nasi macam biasa dan tambah udang yang dah di potong-potong . Dah masak nasi tambah margerin sesudu dua dengan Perencah Sayur 3 Rasa. Gaul rata-rata dan tunggu dalam 5-10 minit. Rebus telur sebagai tambahan hidangan.

Ikan salmon asam pedas – Kredit Foto Aziejaya.blogspot.my

3. Asam Pedas Salmon Segera

Bahan utama : Pek Asam Pedas Adabi
Bahan tambahan : Ikan / tomato/bendi/cili besar
Masukkan ikan dalam periuk dan tambah air agak-agak mencukupi. Masukkan pula pek perencah asam pedas Adabi dalam periuk tadi dan kacau. Belah cili besar dan tomato masukkan dalam periuk sampai masak. Ikan apa pun tak kisah masak asam pedas ni.

Perencah tomyam pek kecik

4.Tomyam Seafood Segera

Bahan utama : Pes Tomyam Adabi
Bahan tambahan : Makanan laut dalam pek ( udang,sotong, tiram )
Masukkan udang , sotong, tiram dalam pek dalam periuk dan rebus. Sambil tu masukkan pes tomyam untuk tambah perisa. Sedap di makan panas-panas sewaktu balik dari pergi berjalan-jalan. Lagi sedap ada sambal ikan bilis goreng penambah pedas.

5.Sardin Segera

Bahan utama : Sardin dalam tin
Bahan tambahan : Tomato ceri / limau nipis/cili api/bawang
Resepi ni lagi senang dan memang saya adik beradik cukup suka makan ramai-ramai kalau balik kampung.
Hiris bawang besar dan gaulkan sekali dengan cili api yang di hiris / di pecahkan sikit-sikit. Perahkan limau nipis sebagai penghilang bau iakn sardin.
Nak tambah sedap makan dengan tomato ceri . Inilah makanan semasa travel saya masa dekat London dulu sebab paling senang nak buat.

Santan dalam kotak dan serbuk santan segera

6. Sambal Telur Rebus

Bahan utama : Perencah Nasi Goreng Adabi
Bahan tambahan : Telur rebus / margerin atau minyak
Rebus telur sampai masak. Selepas itu masukkan sedikit margerin jika tiada minyak untuk tumis perencah nasi goreng Adabi tadi. Paling bagus masukkan perencah tadi dalam beberapa pek dan tumis sekejap . Dah tumis curah je tumisan tadi pada telur rebus yang telah di potong dua. Ada salad pun sedap buat ulam.

7. Sambal Sardin

Bahan utama : Sardin dalam Tin
Bahan tambahan : Perencah nasi goreng / limau nipis /margerin atau minyak sayuran/ bawang besar /bawang putih
Tumis perencah nasi goreng dan masukkan bawang besar dan bawang putih. Selepas itu masukkan sardin dalam tumisan tadi. Perah sedikit limau nipis serta garam secukupnya. Hidangan dah pun siap. Nak pedas lagi masukkan hirisan cili api dalam lauk sardin tadi.

Perencah sambal dan asam pedas segera

8.Sambal Udang

Bahan utama : Udang basah ( sotong atau tiram pun boleh )
Bahan tambahan : Telur /minyak/ perencah sambal udang Brahims
Tumis perencah sambal udang Brahims dengan minyak atau margerin. Masukkan udang. Buat macam sambal udang yang biasa kita masak dan perahkan limau nipis sebagai perisa tambahan. Goreng telur dadar tanpa minyak atau dengan sedikit margerin sebagai tambahan lauk di makan bersama.

9.Nasi Lemak Segera

Bahan utama : Beras
Bahan tambahan : Santan kotak atau serbuk santan segera
Bawa santan dalam kotak atau serbuk santan dalam pek. Masak nasi seperti biasa. Kalau guna santan kotak terus masukkan semasa masak. Kalau guna serbuk santan dalam pek masukkan selepas nasi baru nak kering.
Makan dengan sambal goreng panas-panas waktu breakfast. Sedap hingga menjilat jari.

10. Masak Lodeh Dengan Kuah Kacang

Bahan utama : Pek Nasi Impit
Bahan tambahan : Pek Kuah kacang/lobak/kobis/kacang panjang/santan/
Campurkan semua sayur dengan santan dan bubuh sedikit kunyit.Dah masak boleh makan dengan nasi impit dan kuah kacang.
Senangkan nak buat makanan untuk travel ni ? Cuma bawak perencah nasi goreng dan pes tomyam tu lebih sikit. Tak berat beg dan kita boleh beri anak makan macam biasa.

Satu lagi dengan cara ni tak perlu kita bawak pek Brahim tu banyak banyak dan tak habis makan semasa travel nanti. Lepas tu tak habis buang je sebab beg dah berat hu hu.

Selain nasi dan lauk yang kita masak tu sedap, halal ia juga menjimatkan belanja makan di luar. Sesekali makan di luar tak ada masalah.
Nak makan hari-hari pun boleh asalkan ada duit untuk bayar. Makanan semasa travel tak perlu sempurna sebab lauk macam ni bila sejuk-sejuk dan makan ramai-ramai memang confirm pinggan licin.
Kredit: Kaki melancong

Carian Ke Post Ini:

  • kaki travel

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *