0

“Kalau Boleh, Saya Nak Ada Teman Lelaki Tahun Ini” – Dayang Nurfaizah

Viral is caring!

“Janganlah Takut Dekati Saya, Saya Tak Makan Oranglah”

Dengan usia sudah memasuki 36 tahun, Dayang Nurfaizah akui dirinya teringin untuk berteman dan berumah tangga, dan kalau boleh pada tahun ini beliau ingin mempunyai teman hidup. Jelasnya bukan tidak pernah terfikir untuk berkahwin namun setakat ini tiada lelaki yang berani mendekatinya.

“Bila orang tanya bila nak kahwin, baru saya sedar dan terfikir mengenainya. Saya kalau boleh nak ada teman lelaki tahun ini. Siapa yang tak mahu kahwin, umur pun dah 36 tahun ini. Sebagai wanita, kadang-kadang tu seronok juga bila lihat orang sekeliling semua dah kahwin dan berteman”

“Terfikir pula bila lah saya nak macam tu. Terus-terang setakat ni tiada siapa atau mana-mana lelaki yang cuba dekati saya. Saya pun pelik. Saya pinta lelaki jangan lah takut dekati saya, saya tak makan orang lah!,” katanya kepada portal Astro Gempak mengenai hasratnya untuk mempunyai teman lelaki.

Pastinya pada saat ini ramai yang bertanyakan soal jodoh kepadanya, tetapi Dayang memberitahu dirinya tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan itu. Dalam masa yang sama beliau bersyukur dikurniakan keluarga yang tidak pernah mendesak dalam soal perkahwinan.

Jadi apa lagi, berita baik kepada semua lelaki bujang di luar sana. Semoga hasrat Dayang untuk berumah tangga pada tahun ini dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh untuk berumah tangga.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *